Cara membuat Sambal Hijau Berlado

Mesti Suka tak jika anda mempunyai pelbagai stok sambal yang telah siap dalam peti? Antara salah satu sambal siap yang perlu ada dalam peti sejuk anda adalah Sambal Hijau Berlado ini. Sambal ini boleh diregukan dengan apa-apa jenis ikan atau ayam dan semestinya sedap.

Resepi Sambal Hijau Berlado

Bahan kisar (A).

  • 4 ulas bawang merah (saiz syiling 20sen).
  • 3 ulas bawang putih.
  • 7 ekor ikan bilis.
  • Secubit belacan.

Bahan B:

  • 5 tangkai cili hijau.
  • Dua genggam cili padi hijau. (untuk sambal rasa lebih kick).
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Ala-ala KFC dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Panaskan satu senduk minyak gorengan ikan tadi. (minyak sekali guna).
  2. Tumis bahan kisar A sehingga wangi. Kemudian masukkan pula bahan kisar B.
  3. Biarkan cili masak sempurna. Masukkan sekeping asam. Barulah ditambahkan separuh kecil nisse atau gula melaka.
  4. Masukkan sedikit air jika perlu. (Cikgu tak letak sebab dah terlebih air semasa kisar) Perasakan dengan garam gula atau perasa mengikut citarasa sendiri.
  5. Tutup api selepas semua rasa sebati dan sambal masak.

Cara untuk menghidangkanya.

Selepas goreng ikan menjadi rangup, barulah tuangkan sambal di atasnya. Semoga bermanfaat. Terima kasih kepada Puan Afy AL Habibi sebagai tuan empunya resepi. Semoga dimudahkan urusan cikgu seadanya.

Baca juga :  Senang Rupanya Untuk Membuat Telur Masin. Guna Telur Ayam Pun Boleh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.