Cara membuat Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang. Pembuka selera paling padu.

Nak share resepi sambal hitam pahang. Cuma kena bersabar dan bersabar buat sambal ni. Kami laki bini suka walaupun orang utara. Resepi guna 4 bahan saja.

Rebus belimbing buluh tanpa air sampai kecut dan menjadi hitam macam prune. Rebus ni amek masa lama sikit lebih kurang dalam 45 minit baru jadi hitam.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Belimbing siap direbus (lenyek-lenyekkan saja).
  • Cili padi (blend halus) kuantiti sama dengan kuantiti belimbing.
  • Ikan bilis (tumbuk kasar).
  • Bawang besar dimayang.
Baca juga :  Resepi mudah untuk membuat Apam Tembilai. Meriah dan kesukaan anak anda!

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis bagi garing sikit, masuk Bawang ditambah cili padi sampai layu. Baru masukkan belimbing buluh. Kacauuuuu dan kacau dan tugguuuu sampai kering.

Selesai. Tak payah letak garam or apa-apa perasa. Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Alifah Zakiah. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.