Cara membuat sendiri Sos Cili Thai

Sos memang adalah satu hidangan wajib yang perlu ada bila kita makan. Terutamanya apabila terdapat hidangan yang bergoreng. Jadi kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat sendiri sos thai ini. Resepi ini telah dikongsikan hampir 2000 orang difacebook. Selamat berjimat cermat dengan membuatnya sendiri.

Bahan yang diperlukan untuk membuat sos cili thai sebanyak 3 botol kecil adalah:

  • 5 biji cili besar merah dibuang biji.
  • 4 biji cili padi merah tidak perlu dibuang biji.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1/3 cawan air.
Baca juga :  Cara untuk membuat Acar Ikan Masin terbaik sebagai pembuka selera anda sekeluarga. Pasti berbaloi-baloi.

Bahan-bahan di atas perlu dikisar biasa dan jangan sehingga hancur untuk mendapatkan tekstur sos cili thai tersebut.

  • Sedikit cuka makan.
  • 1 hingga 1 1/2 cawan gula (ikut tahap kemanisan yang diperlukan masing-masing).
  • Secubit garam.
  • 3 sudu besar makan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
  • 2 cawan air

Cara-cara untuk membuatnya:

  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk.
  • Tambahkan 2 cawan air dan masak bahan kisar tadi sehingga mendidih.
  • Masukkan cuka, gula, garam. Kacau sehingga gula hancur.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan ianya mendidih sampai sos tadi berkilat.
  • Bila dah siap masak, sejukkan dulu sos tadi kemudian barulah dimasukkan ke dalam botol. Simpan didalam peti ais untuk tahan lama.
Baca juga :  Mudah rupanya untuk membuat Sos Cili Thai. Sesuai dicicah dengan apa sahaja jenis gorengan!

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Haslindawati Omar melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.