Cara membuat Sira Pisang yang sedap

SIRA PISANG KELANTAN. Tekak ni kalau dah teringin nak makan tak boleh tangguh-tangguhkan. Semalam balik lunch sempat buat sira pisang ni.

Masak memang tak lebih 15 minit itu yang sekejap. Lagipun sira pisang begini sangat senang. Kalau bulan puasa MasyaAllah nyaman rasa bila dapat makan. Pagi ini cheyah kongsikan cara cheyah sira pisang. Mana tahu petang ni terliur boleh buat terus.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 10 biji pisang mana ada.
  • 1/2 cup gula.
  • Secubit garam.
  • Beberapa titik pewarna kuning.
  • 3-4 biji bunga cengkih.
  • 1 helai daun pandan.
  • 300ml air. Ini agak jer.
Baca juga :  Cara untuk membuat Lempeng Pisang Berinti Kelapa Parut yang mengamit kenangan waktu kecil anda.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula, masukkan air, dan gula bersama bunga cengkih dan daun pandan. Biar gula larut dulu. Baru tambahkan garam.
  2. Kemudian, letak warna pilihan yang anda suka.
  3. Pisang tadi potong suka hati. Nak belah dua ke nak potong dua. Cheyah potong dua aje. Masukkan pisang dalam air yang dah sebati. Kacau atau usik sedikit je.
  4. Haaa biarkan pisang tadi berenang-renang dalam 5 minit ataupun sehingga masak.
  5. Taraaa dah siap! Cheyah tak suka kuah banyak. Hehe.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kerepek Pisang yang rangup. Sesuai sebagai snek dan kudapan anda sekeluarga.

Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.