Cara Membuat Sos Sedap Ala-ala Johnny’s Steamboat

Sos cili ala Johnnys ni serious memang sedap, cukup rasa masam, manis, masin dan aroma ketumbar. Pada tekak tuan empunya resepi, resepi ni hampir 100% rasa sama dengan sos cili Johnnys yang terkenal tu. Meh tengok resepi kat bawah ni oleh Puan Marina Ismail. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 10 biji cili merah, 5 ulas bawang putih.
  • 5 sudu besar minyak bijan, 5 sudu besar cuka (nak guna apple cider lagi bagus).
  • 5 sudu besar sos ikan, 2 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar kicap.
  • 1 gelas air.
  • 1 sudu besar sunquick (Original Flavour ya).
  • 2 sudu besar bijan (disangai dulu ya).
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air suam sikit untuk pekatkan sos).
  • Daun ketumbar (racik halus-halus).
  • 2 sudu besar Gula dan 1 sudu teh Garam.
Baca juga :  Resepi Ikan Percik Putih Kelantan

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan cili merah dengan bawang putih.
  2. Masak atas dapur dengan air, bahan yang dikisar tadi kemudian masukkan minyak bijan, sos ikan, cuka, kicap, sos tiram dan sunquick.
  3. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat kemudian baru masuk bancuhan tepung jagung.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Bila rasa dah ok, masukkan sikit bijan yang kita dah disangai tu dengan daun ketumbar.
  6. Letak sikit je 2 bahan ni dulu. Nanti masa hidang nak makan baru letak lagi dalam mangkuk sos tu.
  7. Dah siap! Senang kan. Sedap yakmat plak tu. Pasni boleh buat steamboat tetiap minggu la anda semua.
Baca juga :  Cara untuk membuat Susu Pisang Smoothie yang sangat sedap dan berbaloi untuk diminum.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.