Cara membuat Terung Bakar Air Asam

Resepi Terung Bakar Air Asam. Ini salah satu feberet cheyah. Tapi tak boleh makan banyak takut terung ni buat hal. Angin satu badan kang susah nak tidur nanti malam.

Bahan-bahan:

  • 4 biji terung kecil (belah dua).
  • 3 biji bawang merah.
  • 1 biji tomato.
  • 1/2 inci belacan – dibakar.
  • 4 biji cili padi (ni ikut kepedasan korang lerr)
  • 6-7 biji limau kasturi.
  • 1 sudu besar asam jawa adabi.
  • 1/2 cawan air masak.
  • Sedikit garam dan gula.

Cara penyediaannya:

  1. Ambik dua biji bawang merah, dua biji cili dan belacan. Tumbuk bagi ia hancur kasar je.
  2. Potong dadu tomato, bawang dan cili. Satukan dengan bahan tumbuk tadi. Masukkan asam jawa, garam, gula dan air masak.
  3. Kacau sebati. Kemudian, bakar terung tu tadi hingga masak. Bagi dia berubah color tu kira masak la. Hehe.
  4. Gaulkan dengan air asam. Kalau nak buang kulit pun boleh. Cheyah tak buang pun. Hentam saja. Semua sedap belaka.
Baca juga :  Resepi mudah untuk membuat Ayam Bakar Blackpepper. Kesedapan dalam setiap gigitan!

Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.