Cara mudah untuk memasak Pulut hanya guna Rice Cooker. Memang sedap dan jimat masa.

Cara mudah untuk memasak Pulut hanya guna Rice Cooker. Memang sedap dan jimat masa. Ni untuk orang yang tak ada periuk pengukus kat rumah boleh la cuba. Pulut memang lembut elok. Ambil masa nak siap dalam 15 minit saja. Memang mudah dan pantas. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ya Norma. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan pulut.
  • 1 cawan air panas *.
  • 1 cawan santan *.
  • 1 sdb minyak masak *.
  • 1 sdk garam *.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Basuhkan beras pulut. Kemudian masukkan kesemua bahan yang bertanda * ke dalam periuk rice cooker dan tekan tombol untuk memasak.
  2. Bila nampak wap panas keluar, buka penutup rice cooker dan kacau pulut. Ini utk mengelakkan pulut jadi berketul.
  3. Kemudian biarkan sehingga pulut betul-betul masak dan siap dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Udang Masak Kam Heong yang menyelerakan. Resepi gerenti tambah nasi ni tau.

Dah siap,mudah dan ringkas. Pulut boleh dimakan bersama rendang atau durian memandangkan musim durian nak sampai dah ni. Nak dimakan dengan ikan masin pun boleh. Lagi sedap!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.