Cara mudah untuk membuat Cucur Kembung Lemak Manis. Gebu sangat!


Kami nak kongsikan kepada ada semua cara yang sangat mudah untuk membuat Cucur kembung lemak manis. 2 hari berturut buat. Resepi yang mudah,cepat dan sedap sesuai untuk dijadikan snek sarapan pagi, minum petang dan bekalan anda ke pejabat dan sekolah. Sejuk-sejuk pun masih lembut.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 sudu besar yis.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar gula.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • Secubit garam & air secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya sangat mudah:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan diatas. Masukkan air sedikit-sedikit dan gaulkan supaya menjadi seperti adunan macam cucur biasa.
  2. Pastikan tidak pekat dan tidak cair sangat. Perapkan selama setengah jam hingga 1 jam.
  3. Akhir sekali gorengkan macam biasa. Bulat-bulatkan dan goreng tau. Bentuk terpulang pada anda. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara Membuat Brownies Cookies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.