Cara mudah untuk membuat Kek Cream Cheese yang paling sedap dan padu! Kalau jual mesti laku.

Husband cakap KEK CREAM CHEESE hari tu sedap dan paling laku dekat tempat kerjanya. So hari ni kita buat lagi. Kek paling senang cuma 3 Bahan ja.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sharifah Dora Perais. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250gm cream cheese.
  • 1/2 cawan susu pekat.
  • 4 biji telur gred A.
  • 1 sudu kecil esen vanila. Yang ni pilihan tak letak pun takpe.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tidak berketul.
  2. Asingkan putih telur dengan kuning telur. Kuning telur dicampur dekat cream cheese yang sudah dipukul tadi.
  3. Pukul putih telur smpai jadi meringue kemudian campurkan cream cheese dan meringue bersama lepas tu gaul sampai sebati.
  4. Panaskan oven pada suhu 160 darjah dan bakar selama 1 jam 30 minit.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Krim yang sangat mudah dan sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang anda.

Bila dah siap bakar, sedia untuk dimakan bersama yang tersayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.