Cara mudah untuk membuat Waffle yang rangup dan gebu didalamnya.

Selamat semuanya. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat waffle yang rangup di luar dan lembut di dalam. Sedap macam beli kat kedai gitu.

Light & Crispy Waffle ni memang akan menjadi kegemaran anak-anak dan sesuai untuk dibuat bekal mereka. Silap-silap mak ayah pun join sekali. Bolej juga dijadikan sebagai snek minum pentang. Terima kasih SNK Mohammad.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 biji telur ayam yang telah diasingkan kuning dan putih.
  • 200 gram tepung gandum*.
  • 60 gram tepung jagung*.
  • 2 sudu gula*.
  • 2 cawan susu cair*.
  • 120 ml minyak masak*.
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*.
  • 1/2 sudu teh baking powder*.
  • 1 sudu teh garam*.
  • 1 sudu teh esen vanila*.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Kasui / Kaswi / Kosui. Kuih lejen yang masih popular sampai sekarang!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pukul telur putih dan ditambah gula sampai menjadi meringue.
  2. Campurkan kuning telur dengan bahan yang bertanda * diatas kemudian gaulkan sebati bersama meringue.
  3. Gaulkan sehingga sebati lagi dan adunan tadi sedia untuk dimasak.
  4. Bila dah siap, boleh sapu jem kegemaran anda. Selamat mencuba.

One thought on “Cara mudah untuk membuat Waffle yang rangup dan gebu didalamnya.

  1. Resepi2 yang dishare baik, dapat membantu makcik menyediakan kuih yang sedap2 dan banyak pilihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.