Cara paling mudah untuk membuat Nasi Himpit. Semua orang boleh buat!

Sekadar berkongsi cara paling mudah untuk membuat Nasi Himpit. Semua orang boleh buat! Cara ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Khairun Nur Akmal. Thanks Mama Babah yang ajar cara ni. Masak nasi guna periuk nasi macam biasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan beras biasa : 3 – 3.5 cawan air ATAU;
  • 1 cawan beras Basmathi : 3.5 – 4.5 cawan air.
  • Daun pisang secukupnya.
  • Loyang pilihan anda.

Boleh pilih nak guna beras yang mana ikut citarasa kita.

Cara-cara membuatnya:

  1. Nasi panas-panas lepas masak tu terus masuk dalam loyang. Lenyek-lenyek dan tekan bagi padat sikit dalam loyang tu.
  2. Lapik loyang guna daun pisang kemudian tindan guna lesung batu lebih kurang 4 jam. Tak perlu masuk dalam fridge.
  3. Bila dah jadi molej, boleh la dipotong untuk dimakan bersama lauk pilihan anda.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Sotong Sumbat Telur yang sedap dan mudah disediakan. Memang terbaiklah!

Mudah, pantas, menjadi elok, lembut & wangi. Alhamdulillah, parents saya dulu-dulu balut dengan kain dilapik daun pisang. Ikat ketat-ketat kemudian tindih dengan batu giling. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.