Cara ringkas tapi sedap untuk membuat Ikan Bawal Masak Stim Chinese Style. Resepi sesuai untuk Ramadhan anda.

Kami nak kongsikan kepada anda cara ringkas tapi sedap untuk membuat Ikan Bawal Masak Stim Chinese Style. Resepi sesuai untuk Ramadhan anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Raja Azreen. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan Bawal dibasuh bersih.
  • Halia potong batang mancis.
  • Batang Daun Bawang.
  • Cili Padi.
  • Bawang Putih.

Kesemua bahan diatas mengikut anggaran dan citarasa anda. Seimbangkan rasa nanti waktu memasak.

Bahan-bahan untuk membuat Sos:

  • Kicap Cair 2 sudu besar.
  • Sos Tiram 1 sudu besar.
  • Minyak Bijan 1 sudu besar.
  • Gula ½ sudu.
Baca juga :  Resepi Kerabu Belimbing Buluh Daun Selom

Bahan-bahan goreng dan cara untuk membuat kukusan:

  1. Bawang putih digoreng hingga keemasan kemudian tutup api.
  2. Letakkan bawang putih goreng tadi di bahagian batang daun bawang yang dimayang kemudian curah diatas ikan bawal kita.
  3. Kukus ikan bersama Halia dalam 5 minit bersama-sama Sos dan bahan goreng.
  4. Sesuaikan rasa kemudian tutup api. Sedia untuk dihidangkan. Cubalah, pasti anda akan jatuh hati dengan rasanya. Boleh juga cuba dengan jenis ikan yang lain.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.