Cara ringkas untuk membuat Udang Masak Sos yang sangat sedap.Anda pasti terkejut dengan rasanya nanti.

Kami nak kongsikan kepada anda cara ringkas untuk membuat Udang Masak Sos yang sangat sedap.Anda pasti terkejut dengan rasanya nanti. Menurut pemilik resepi ini iaitu Puan Mazlina Haji Ismail;

Resepi ini tak ada nama. Ringkas dan sedap rasanya. Jom la cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Udang sekilo dibersihkan dan digoreng bersama garam dan kunyit.
  • Bawang besar 2 biji dipotong roda/bulat.
  • Cabai burung 20 biji dipotong serong.
  • Cili Sos Kimball satu mangkuk kecil. Jika nak kuahnya lebih, hanya tambahkan sos dan kicap.
  • Kicap manis lebih kurang satu sudu.
Baca juga :  Cara membuat Bebola Ayam berkuah Keju

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Udang digaul garam kunyit dan digoreng seketika.
  2. Kemudian, tumiskan cili sos menggunakan minyak gorengan udang.
  3. Masukkan kicap kacau dua tiga kali dan masukkan bawang dan cabai burung tadi. Kacau sebentar sehingga masak.
  4. Akhir sekali, masukkan udang yang telah di goreng tadi. Gaul sehingga sos semua sebati meliputi udang kita tadi. Boleh gantikan udang dengan ayam yang dipotong kecil jika udang tak ada.

Siap untuk dihidangkan dan dimakan bersama keluarga tersayang. Peringatan, jangan masukkan GARAM ye sebab bahan lain dah masin.

Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Cucur Udang Garing diluar dan Gebu didalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.