Cara untuk Biskut Almond Crunchy. Biskut yang mudah dan senang disediakan.

Jom jom buat cookies raya sayang-sayang semua. Inilah rutin mommy hari-hari, rasa hilang penat bertukar seronok bila rezeki masuk. Syukur seadanya Alhamdulillah.

Resepi ini adalah kepunyaan Puan Nor Azliza Mohamed. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 150 gram butter.
  • 120 gram gula halus.
  • 1 biji telur ayam gred (A).
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla.
  • 150 gram tepung gandum diayak.
  • 100 gram tepung kastard diayak.
  • 75 gram tepung jagung diayak.
  • 60 gram serbuk badam.
  • Bahan-bahan hiasan:
  • 1 biji kuning telur dan sedikit pewarna kuning.
  • Almond nibs / almond strips secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Talam Durian yang padu. Musim-musim durian ni boleh la cuba!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mix butter bersama gula sehingga menjadi putih berkrim. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Mix lagi sehingga kembang dan sebati.
  2. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang diayak bersama serbuk badam. Kemudian, jadi adunan dan Uli doh, jika lembik tambah sedikit tepung gandum. Sedikit je tau, jangan banyak!
  3. Ambil sedikit doh dan canaikan, terap/tekap ikut acuan yang digemari.
  4. Hiaskan dengan kuning telur dan taburan badam. Bakar menggunakan suhu 170°c selama lebih kurang 15 hingga 20 minit. Saya suka crunchy, so saya tambahkan masa sedikit.
Baca juga :  Perlukan kudapan yang mudah dibuat. Jom cuba resepi Muruku Mini yang rangup ini. Satu keluarga pasti sukakannya!

Happy baking semua dan selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.