Cara untuk membuat Agar-agar Bandung. Senang dan sedap untuk anda cuba!

Selagi ada susu saji kite buat agar-agar bandung susu saji. Bahan pun senang je nak dapat. Pink lagi hidangan kite hari ni. Memandangkan anak-anak pun kalau agar atau puding memang laku keras.  Jom tgk resepi di bawah yang telah dikongsikan oleh Puan Qaisara Irdina Sara. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukab adalah:

  • 1 peket serbuk agar2 10 gram jenama layang-layang.
  • 1 cawan susu saji bandung.
  • 3 sudu metrik gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 3 cawan air. Kalau nak jenis keras sikit boleh kurangkan air 2 cawan sahaja.
  • 2 cawan susu cair.
Baca juga :  Cara untuk membuat Aiskrim Malaysia perasa Oreo yang lembut, gebu dan enak! Anak-anak pasti berebut.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sebatikan semua bahan dan masak hingga mendidih. Kena kacau selalu takut membuak.
  2. Tutup api dan boleh masukkan dalam acuan yang disukai.
  3. Sejukkan dalam peti ais sebelum makan. Siap!

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.