Sedapnya la kalau pekena cendol waktu tengahari ni. Mudah je nak buat Air Cendol Gula Merah dan pastinya puas hati!

Lunch semalam saya pergi kedai. Tak sangka dapat resepi cendol dari pekerja dia. Jadi terus buat petangnya dan alhamdulillah menjadi. Jadi saya nak kongsikan resepi tu supaya semua dapat buat cendol yang sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shida Ambok. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1.5 kg Cendol segera.
  • 1 tin susu sejat.
  • 1 tin santan pekat.
  • Secubit garam.
  • Gula melaka /Gula merah secukupnya.
  • Ais secukupnya.

Cara-cara membuatnya:

  1. Nak lebih padu pakai santan kelapa parut yang dikisar sehingga menjadi halus dan ditapis, kemudian kita perah dan ambil santannya. Saya kali ni guna santan kotak je sebab tak sempat nak perah.
  2. Ambil 1 tin susu sejat campur dengan santan pekat tadi anggaran 1 tin. Nisbah 1 kepada 1.
  3. Kacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.
  4. Cairkan gula melaka atau gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
  5. Untuk penyediaan isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap ditambah ais.
Baca juga :  Resepi Kari Ayam Tanpa Santan yang Sedap

Senang je rupanya. Tapi rasa dia mengancam betul. Baru je buat tadi ni dah habis dah. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.