Cara untuk membuat Ayam Bakar Lada Hitam. Tengok gambar pun dah boleh agak kesedapannya!

Siap sedia untuk makan Malam bersama keluarga? Kite beli barang siap-siap kemudian perap siap-siap jugak. So juicy. Meresap rasa sampai ketulang. Takmo bicara panjang, dah Cuba baru tahu.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurul Ateekah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ayam 800 gram – 1000 gram.
  • 2 ulas bawang putih dicincang.
  • 2 cm halia ditumbuk.
  • Serbuk lada hitam 1 sudu besar.
  • Serbuk paprika 1 sudu kecil.
  • Serbuk cili 1 sudu kecil.
  • Basil kering 1 sudu kecil.
  • Oregano kering 1 sudu kecil.
  • Thyme kering 1 sudu kecil.
  • Perahan air lemon 1 sudu besar.
  • Serbuk perasa Knorr 1 kecil.
  • Garam secukupnya.
  • Butter 2 sudu besar.

Cara untuk membuat perapan:

  1. Masukkan kesemua bahan diatas kecuali ayam ke dalam mangkuk dan gaul sebati dan rata.
  2. 1 ekor ayam dilubangkan dengan garpu di seluruh badan supaya rasa perapan nanti akan meresap ke dalam isi.
  3. Sapukan ayam bersama bahan yang dicampur sebati tadi. Sapu sehingga rata.
  4. Setengah bawang Holland dan 3 ulas bawang putih di masukkan ke dalam ayam. Sediakan benang untuk mengikat ayam di bahagian Kaki.
  5. Sediakan plastic wrap atau penutup dan perapkan ayam tadi selama 2 hingga 3 jam sebelum dibakar.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Cili Hijau Belacan. Padu Beb! Semua rasa ada dalam satu gigitan.

Cara-cara untuk membakar:

  1. Panaskan oven dan bakar pada suhu oven 210o darjah Celcius atau 425o Farenheit.
  2. Bakar selama 30 hingga 40 minit atau sehingga masak. Sambil tu curahkan minyak yang keluar dari ayam ke atas permukaan ayam yang sedang dibakar.
  3. Jika nak letak kentang / Bunga kobis / lobak merah / bawang Holland. Sapukan dengan olive oil dan taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Bakan sekali bersama ayam.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.