Cara untuk membuat Ayam Gepuk ala Pak Gembus. Padu beb sambal dia!

Alhamdulillah, first try dan memang menjadi. Ayam gepuk is done! Tak tipu memang sama rasa dia, tak percaya anda cuba sendiri okay.

Cari resepi sambal ni tak jumpa, pastu godek-godek youtube tengok orang buat video pi kedai buat sambal ni kat Indonesia. Perhati satu persatu pekerja kedai tu letak apa dan alhamdulillah memang sama rasa macam makan kat kedai pak gembus. Seedapp! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Eemaa Ramli. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam bahagian whole leg secukupnya. Saya guna 2 je sebab untuk 2 orang makan.
  • Lengkuas dalam 2 inci.
  • Halia 2 inci.
  • Bawang putih 3 ulas.
  • Kunyit hidup or kunyit serbuk.
  • Daun salam atau daun bay.
  • Garam, Perasa or mana-mana yang suka secukupnya.

Cara untuk menyediakan ayam:

  1. Bahan diatas ni perlulah ditumbuk ye, lepas tu rebus bersama air. Konsep dia sama macam buat ayam penyet. Rebus tu bagi betul-betul cukup rasa dia sebab kita nak ayam tu terasa bahan-bahan tu.
  2. Lepas ayam dah masak terus goreng dan ketepikan.
Baca juga :  Resepi Nasi Ayam Gepuk Ala-ala Pak Gembus

Bahan-bahan untuk membuat sambal:

  • Cili padi secukupnya. Siapa yang nak sambal cantik rupa boleh campur cili padi hijau dan merah.
  • Kacang gajus secukupnya. Ni la rahsia bagi sedap sambal dia.
  • Minyak bijan. Beberapa titis je dah cukup.
  • Bawang putih 2 hingga 3 ulas. 1 ulas untuk satu orang makan.
  • Minyak panas mendidih secukupnya. Saya guna minyak goreng ayam tu.
  • Garam dan perasa mengikut citarasa anda.

Rahsia dia dan kelainan dia tu pada kacang gajus dan minyak bijan tu.

Cara-cara untuk membuat sambal:

  1. Tumbuk atau lenyekkan bahan-bahan diatas. Saya guna lesung je.
  2. Sambil lenyek sambil tuangkan minyak panas tu ye. Pastikan minyak tu memang sedia panas. Sesuaikan rasa dan dah siap.
Baca juga :  Resepi Sambal Tomato bersama Ikan Bilis Goreng yang akan menambahkan selera anda.

Nota: Sambal gepuk ni memang dia tak masak atas dapur ye. Memang macamtu je cara buat dia. Kalau tak nak pedas boleh kurangkan cili dan lebihkan kacang ye dan begitu juga la sebalikny.

Nak hidang tu, ketuk-ketuk la ayam dengan lesung bagi lembut, dan letak la sayur kobis, timun, tempe, tauhu dan kicap sos manis ABC. Moga resepi ni memberi manfaat kepada semua. Dah try jangan lupa share tau. Insha Allah sedap. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.