Cara untuk membuat Ayam Goreng Ala-ala KFC dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja.

Sejak lockdown ni kita buat menu layan tekak anak anak. Berkelah depan rumah je. Ayam goreng ni kegemaran anak anak. Nak cepat memang pakai bestari jela. Ni kaksue share sapa teringin nak buat ayam goreng Ala KFC ni boleh la cuba resepi mudah ni. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Suhasnida Ismail. Selamat mencuba.

Bahan- bahan untuk tepung kering:

  • 250gm tepung bestari spicy.
  • 750gm tepung roti/high protein.
  • Sedikit garam/serbuk perasa.

Bahan-bahan untuk Tepung basah (perapan):

  • Tepung bestari.
  • Sedikit air.
  • Ayam secukupnya.
Baca juga :  Cara membuat Dumpling Goreng Isi Ayam

Cara penyediaan:

  1. Bancuh tepung dan ayak.
  2. Bancuh tepung perapan tu bagi pekat. Agak-agak la ye dan perapkan ayam tu sejam.
  3. Panaskan minyak. Pastikan suhu minyak goreng ayam lebih 150 celcius.
  4. Sediakan bekas air biasa dalam besen untuk celup. Abil ayam golek-golekkan dalam tepung kering pastu celup dalam air biasa. Toskan kejap dan masuk semula ke dalam tepung kering. Buat 2 atau 3 kali.
  5. Salutan ketiga tu kirai ayam tu supaya jadi krispy. Kemudian terus masuk dalam minyak panas. Goreng sampai masak lebih kurang 15 minit atau bergantung kepada size ayam yang korang guna.
Baca juga :  Kek Marjerin ni pastinya bakal mengamit kenangan lama anda. Kesukaan Mak Ayah kita dulu-dulu!

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.