Cara untuk membuat Ayam Masak Madu yang tersangat mudah. Kegemaran anda seisi keluarga.


Assalamualaikum, harini dah ada menu nak masak apa tu ? Saya kongsikan ayam masak madu cara saya.
ala-ala kenduri. sedap pun sedap. Makan dengan nasi beriani atau nasi putih biasa. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hana A Razak. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam mengikut jumlah yang anda kehendaki dan digoreng separuh masak.
  • 1 helai daun pandan.
  • Rempah 3 sekawan secukupnya.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • 2 sudu bawang kisar.
  • 3 sudu cili kisar.
  • 1 sudu sos tomato.
  • 1 sudu sos cili.
  • 1 sudu madu.
  • 1 sudu gula perang (pilihan).
  • 1 inci gula kabung.
  • Sedikit garam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tongkek Ayam Goreng Pedas Berempah. Gerenti sedap dan mudah disediakan.

Cara memasaknya adalah seperti berikut:

  1. Minyak goreng ayam tadi, keluarkan tinggal sikit. tumis bawang kisar, 3 sekawan, kulit kayu manis dan daun pandan.
  2. Dah naik bau tumis tadi, masukkan cili kisar.
  3. Cili dah naik minyak, dah masak. masukkan sos tomato 1 sudu. nak ganti guna air asam jawa pun boleh.
  4. Lepas tu masukkan 1 sudu sos cili.
  5. Masukkan gula kabung pula.
  6. Masukkan garam. Garam ni sikit je, sebab sos tadi dah ada rasa garamkan. ayam pun digoreng kunyit dengan garam. Kemudian tambahkan sedikit air.
  7. Dah cukup rasa semua masukkan ayam, biarkan masak seketika.
  8. Yang dinantikan, Masukkanlah dalam satu sudu madu gitu.
  9. Kacau kacau sampai kuah tu kering sedikit. Kemudian boleh la diangkat dah dihidangkan. Siap!
Baca juga :  Cara membuat Inti Karipap Kari Ayam. Pasti Karipap anda laku keras dan ramai peminat.

Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.