Cara untuk membuat Ayam Masak Rose. Lauk ni memang popular di waktu perayaan. Cubalah!

Dialog anak-anak menyakat “Mak tak masak lauk Ayam Masak Rosmina ke?” sebab nama mak saya Rosmina. Lauk ni memang kegemaran kami sekeluarga dan memang sajian wajib setiap kali raya. Lauk yang ditunggu-tunggu dan ditanya anak-anak setiap kali raya selain rendang daging dan kuah kacang mak.

Masa kenduri kahwin saya pun lauk ni juga mak gigih adakan juga dan menjadi buah mulut tetamu yang datang bertanyakan resepinya. Mungkin mereka jarang-jarang atau tak pernah lagi merasa lauk ni ditempat lain. Ok la. Jom saya kongsikan resepinya. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Milla Kamila. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Seekor ayam.
  • Cili hidup @ cili merah* (15 tangkai).
  • Bawang besar* (5 biji).
  • Bawang putih* (3 ulas).
  • Halia* (1 inci).
  • Lengkuas* (1.5 inci).
  • Serai* (5 batang).
  • Tomato puri (1 tin kecil).
  • Santan (1 biji kelapa/1 kotak kecil).
  • Bawang holland (1 biji dipotong bulat).
  • Kacang peas ( 1 tin).
  • Garam, Gula dan Perasa.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Cili Hijau bersama Petai Rangup. Hidangan pasti licin!

Cara-cara masak:

  1. Ayam dipotong 12 atau 16 mengikut pilihan anda, dilumur kunyit dan garam kemudian digoreng dan ketepikan bila dah siap.
  2. Kisarkan bahan-bahan bertanda* sehingga halus. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan halia, lengkuas dan serai. Diikuti cili. Tumis kesemuanya sehingga garing.
  4. Masukkan tomato puri, santan dan masak sehingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak, bolehlah dimasukkan ayam, bawang holland dan kacang peas.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa (pilihan). Resepi ini akan ada rasa masam, masin, manis dan lemak yang seimbang. Tak berapa pedas dan sesuai untuk anak-anak kecil.
Baca juga :  Cara untuk membuat Gulai Ikan Temenung Simple tapi sedap terlampau. Resepi mesti cuba ni!

Semoga dengan perkongsian resepi ini, dapatlah didoakan semoga mak saya Pn. Syila Rosmina dan abah saya En. Kamsah Sakdon diberikan kesihatan yang baik selalu, diberkati dan dilindungi olehNya. Amin. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.