Cara untuk membuat Ayam Masak Sos Tiram Ketagih. Ringkas tapi boleh buat nasi bertambah-tambah.

Kalau nak cepat selalunya memang masak gini je. Bahan pun tak perlu banyak. Simple saja tapi buat menambah nasi. Jadi kami nak kongsikan cara untuk membuat Ayam Masak Sos Tiram Ketagih oleh Puan Maryam Hussain. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 ketul ayam.
  • 1 biji bawang holland .
  • 1 cili besar / cili padi .
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 sudu sos tiram.
  • 1 sudu kicap pekat manis.
  • Sedikit daun bawang / daun sup.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Basuh ayam bersih. Masukkan tepung jagung, sos tiram dan kicap manis. Gaul sebati dan perap selama 10 minit. Lagi lama lagi sedap.
  2. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau. Angkat dan ketepikan sekejap.
  3. Kemudian, goreng ayam dengan sedikit minyak hingga keemasan. Tak dicampur dengan bawang sebab mahukan ayam yang ranggup dan garing.
  4. Setelah ayam masak, masukkan bawang yang digoreng tadi. Masukkan cili besar / cili padi dan daun bawang / sup. Sedia untuk dihidang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Rendang Daging Padang yang pasti memukau selera anda.

Selamat mencuba! Jika bermanfaat, silakan SHARE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.