Resepi Ayam Percik Kelantan dengan kuah percik yang padu dan menyelerakan.

Cara untuk membuat Ayam Percik Kelantan dengan kuah percik yang padu dan menyelerakan. Terima kasih kepada Puan Sharla Rose untuk resepi yang hebat ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ayam dipotong 4.
  • 5 ulas bawang merah.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Kisar kering semua bahan di atas kecuali ayam. Bila dah siap kisar, perap bersama ayam selama lebih kurang 30 minit.

Bahan-bahan Sos percik:

  • *5 biji bawang merah.
  • *2 inci halia.
  • *4 batang serai.
  • *2 sudu besar cili kisar atau 5 tangkai cili kering.
  • *500 ml santan pekat.
  • 1/2 cawan gula kabung.
  • 3 keping asam keping. Keluarkan dari kuah jika dah masam.
  • Garam dan gula secukup rasa.
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Serai Thai yang sangat padu. Menu pasti habis dulu ni kalau ada!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan bahan yang bertanda (*). Kemudian, masukkan bahan kisar dalam periuk /pan dengan api sederhana.
  2. Mmasukkan gula kabung dan asam keping, kacau hingga kuah menjadi pekat.
  3. Masukkan garam dan gulu secukup rasa. Masukkan ayam yang di perap tadi di dalam kuah percik tadi, balik-balikkan ayam biarkan ayam hingga suku masak.
  4. Keluarkan ayam dan bakar tanpa minyak didalam pan/kuali. Bakar hingga nampak ayam garing sedikit.
  5. Apabila ayam dah nmpk garing boleh letak ayam dalam pan, tuang sos atas ayam dan bakar dalam oven atau air fryer menggunakan suhu 180 darjah selama 15 hingga 20 minit. Nak bakar bbq pun boleh lagi sedap.
  6. Sementara itu, kita masak semula sos percik tadi dalam 5 minit. Bila dah siap bakar, boleh tuang lagi sos percik atas ayam tadi dan boleh cicah ayam dengan lebihan sos percik tadi.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Black Pepper yang membuka selera anda.

Resepi mudah dan sedap in shaa Allah. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.