Cara untuk membuat Ayam Percik yang enak bersama kuah Putih yang mudah untuk disediakan!

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Ayam Percik yang enak bersama kuah Putih yang mudah untuk disediakan. Terima kasih kepada puan Suhasnida untuk resepi yang sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan A: Bahan blend dan perap.

  • 1 ekor ayam.
  • 1 tbsp garam.
  • 1 tsp gula.
  • 1 tsp serbuk perasa.
  • 1 inci halia.
  • 3 biji bawang putih.
  • 1 tsp ketumbar biji.
  • 1 tbsp cili kering kisar.
  • 150 ml santan pekat.

Bahan B: Bahan Kuah.

  • 4 biji bawang merah.
  • 1 batang serai ketuk.
  • 1 inci halia.
  • 100 ml air.
  • 350 ml santan pekat gred A.
  • 2 tbsp gula.
  • 2 1/2 tsp garam.
  • 1/2 tsp serbuk perasa.
  • 1 keping asam gelugur.
Baca juga :  Ayam Bakar Blackpepper ni kalau cicah dengan Sos Cili Thai memang terbaik beb! Kesedapan dalam setiap gigitan!

Cara-cara Penyedian:

  1. Blend semua bahan perap ayam,perap dan rebus seketika untuk jadikan separuh masak supaya nak bakar nanti mudah masak. Kemudian,  blendkan pula bawang merah dan halia.
  2. Masukkan bahan blend dalam periuk bersama serai yang telah di ketuk.
  3. Kemudian masukkan santan pekat, semua perasa dan masak sampai sedikit pekat.
  4. Kemudian, bakar ayam sampai masak sambil celup dengan kuah percik dan bakar lagi. Ulang step ni 3 hingga 4 kali baru dia salut dan sebati molek kuah tu pada ayam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Paratha berinti Sardin yang mengenyangkan.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.