Cara untuk membuat Bancuhan bagi Ikan Goreng Celup Tepung. Garing diluar lembut didalam.

Area tempat sis sekarng musim ujan. Adui teringin nak makan celup-celup tepung sambil layan angin pantai. Tapi takpalah. Makan tepi tingkap pun jadi la. Layan sejuk-sejuk ni sambil makan ikan celup tepung rangup krupp krappp ni. Bancuhan tepung sis tak guna telur pun ye. Cubalah!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Halimatun AsSaadiah Ismail. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan secukupnya. Boleh guna ikan kembung, selayang dan lain-lain mengikut citarasa anda.
  • Tepung beras 1 cawan.
  • Air sejuk secukupnya.
  • Air kapur 1 sudu teh.
  • Serbuk kunyit sedikit
  • Garam sedikit.
Baca juga :  Resepi Kari Ikan Sembilang Padu yang membuatkan anda pasti tak cukup hanya semangkuk. Cubalah!

Cara-cara membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan diatas kecuali ikan dan kacau hingga sebati. Kemudian, letak ais 2 ketul untuk bagi adunan bertambah sejuk.
  2. Tunggu ais cair kemudian bolehlah salutkan ikan anda dan mula menggoreng dalam minyak yang panas.
  3. Lebihan tepung tu, tuang je guna sudu dalam kuali untuk jadikan dia serdak-serdak yang rangup.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.