Cara untuk membuat Bebola Ubi Keledek Oren yang sangat lembut, sedap dan enak!

Mudah jer. Pakai dua bahan. Anak anak suke giler makan. Sampai licin. Jom kiter mule. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Inul Daroji. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 ketul Ubi Keledek.
  • 1 cawan tepung beras.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus ubi keledek. Kemudian toskan airnya. Lepas tu lenyekkan ubi keledek tadi sampai hancur.
  2. Masukkan tepung beras satu cawan. Gaul-gaul dan bentukkan adunan menjadi bulat.  Bentuk tu terpulang korang la ye nak bentuk macam mana.
  3. Panaskan minyak dan terus goreng. Akhir sekali taburkan gula halus untuk sebagai penyedap. Dah siap.
Baca juga :  Suka tak Popia Goreng Sira ni? Jom kita buatnya sendiri. Mudah dan yang penting puas hati dengan kesedapanya!

Nota: Masa nak bentukkan tu memang akan melekit sikit tau. Bila nak goreng api kene kecil tau. Kalau api besar cepat hangus. Di izinkan share. Semoga membantu mak mak nak cepat siap masak untuk anak-anak. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.