Cara untuk membuat Bihun Sup Utara

Cara mudah untuk menyediakan hidangan Bihun Sup Utara original. Lengkap dengan sambal merah dan bihunnya juga berwarna kuning.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 peket bihun.
  • 1 sudu kunyit.

Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis..

Bahan-bahan Sup Tulang.

  • 1 kilo tulang dicampur sedikit daging.
  • 2 batang serai ketuk.
  • Halia lebih kurang 2 inci diketuk.
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk.
  • 4 ulas bawang merah kecil ditumbuk.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar.
  • Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar.
  • 3 bunga lawang.
  • 4 biji buah pelaga.
  • Sedikit batang daun sup.
  • Air secukupnya.
Baca juga :  Resepi Roti John bersama intinya yang sangat padu dan menyelerakan.

Masukkan semua bahan bahan didalam periuk. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka. Lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup. Kalau taknak buat pon tak apa.

Bahan-bahan untuk buat sambal cabai merah:

  • Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar.
  • Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk.
  • Asam keping atau air asam jawa atau cuka.
  • Garam.
  • Gula.

Tumis bawang kemudian masukkan cili. Masak sampai pecah minyak. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka, garam dan gula. Boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula.

Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Mee Celup Thai. Setiap hirupan dan suapan pasti mengasyikkan selera anda!

Bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun:

  • Daun bawang.
  • Daun sup.
  • Lobak masin.
  • Bawang goreng

Selamat mencuba. Bihun sup utara. Sambal cabainya merah dan bihunnya kuning. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zaini Talib. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.