Cara untuk membuat Biskut Almond Nibs atau Ferrero Rocher Homemade. Sedap weh!

Ramai rupanya yg suka dgn almond nibs aka ferrero rocher homemade ni. Mama kongsi resipi kat sini ye. Boleh cuba buat sebab sangat mudah dan cuma pakai 2 bahan je. Resipi dan tips ‘sure menjadi’ ada disedikan. Selamat bercoklat badam.

Kalau nak guna resipi ni silakan. Saya halalkan untuk semua. Tapi jangan curi gambar promote untuk jualan ye. Penat saya cari angle. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Intan Najwa Othman. Selamat mencuba.

Cara-cara untuk membuatnya:

Badam cincang dibakar @ disangai untuk bagi masak dan rangup. Ada jual kat kedai jual barang kek. Kuantiti agak-agak ikut naluri je. Oh, tempoh bakar tu pun saya ikut sedap tangan nak pulas button oven je. Baca bismillah, insyaAllah tak hangus. Tapi realistik la, jangan korang set suhu 200 selama sejam pastu tawakal je. Kang takut jadi lada hitam pulak.

Baca juga :  Resepi Kuih Cucur Jawa atau Penyaram. Rasa sekali pasti nak banyak lagi.

Cairkan coklat masakan. Saya guna beryls milk coin. Kuantiti agak-agak jugak. Rasa sedap hati kira on la tu. Kalau tak cukup kirim la kat tok laki suruh beli. Tapi make sure bagitahu detail jenisnya. Takut salah beli kang hilang terus mood.

Badam yg dah bakar/sangai tadi biarkan sejuk kejap. Biasanya sementara nak siap cairkan coklat tu badam dah cool down dah tak marah-marah sebab dah sejuk. Dah ok, terus rapatkan silaturahim dorang dalam 1 bekas. Gaul bagi mesra dan sejahtera. Badam tu mesti bagi sejuk dulu sebab takut tak jadi rangup lepas gaul dengan coklat.

Pastu masukkan dalam paper cup comel tu. Kalau nak bubuh dalam tupperware sedebuk terus pun boleh. Boleh la feeling makan macam ceduk aiskrim bekas tu ha. Oh ya, nak bagi korang tak gaduh dengan anak sebab makan comot abis kotor sofa, korang simpan jap dalam peti. 10 minit cukup pastu keluarkan boleh la menikmatinya.

Baca juga :  Cara untuk membuat Jemput-jemput Roti yang Lembut dan sangat mudah disediakan.

LEPAS 5-10 MINIT KELUARKAN DARI PETI, SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA. JANGAN RISAU, COKLAT TU TAKKAN CAIR KALAU DAH KERAS. Melainkan korang letak kat tempat panas la.

Jangan lupa diri sebab makan ni biasa tak ingat dunia. Tengok-tengok tinggal sarung je. Eh, dah habis..? Selamat mencuba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.