Cara untuk membuat Biskut Bunga Cina dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja tanpa guna oven.

Oven sis rosak. Sis teringin nak buat biskut. Jadi sis cuba pakai kuali je. Wowww cantik kejadian. Sis buat biskut bunga Cina yang dulu-dulu punya. Biskut bunga Cina guna 3 bahan je. Cubalah!

Resepi biskut ini telah dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat. Selamat mencuba.’

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 paket tepung jagung 350 gm.
  • 1/2 cawan susu pekat manis.
  • 1 cawan Planta.

Kacau Planta dengan susu pekat kemudian masukkan tepung jagung uli manja dengan tangan je. Kalau masih lembik adunan tambah sikit-sikit tepung jagung. Hiasan terpulang pada masing-masing. Sis guna acuan pecah 14.

Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Nestum Kelapa. Mudah dah paling disukai oleh kita semua. Cubalah!

Cara bakar biskut raya atas dapur gas:

  1. Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.
  2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
  3. Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 mini, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.
  4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
  5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut . contoh biskut bunga cina ambil 15minit / sehingga kekuningan.
  6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.
Baca juga :  Cara membuat Biskut Sarang Semut. Boleh la berlatih buat sempena raya akan datang ni.

Siapa cakap tanpa oven maka tiada biskut raya? Lepas ni boleh la buat sendiri biskut raya, tak ada dah ‘kuih tunjuk’. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.