Cara untuk membuat Biskut Florentine

Biskut raya yang paling senang dan mudah nak buat dan memang laku keras. Campak-campak je dah siap.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram tepung florentine.
  • 500 gram almond flakes.
  • 200 gram biji labu.
  • 200 gram biji bunga matahari.
  • 20 gram bijan hitam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bakar kekacang sebentar dalam 5 minit. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan semua kekacang dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati.
  4. Sudukan ke dalam papercup, nipis shj cukup sekadar menutupi dasar.
  5. Bakar suhu 160 selama 10-15 minit.
  6. Keluarkan dan biarkan sejuk sebentar.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara.
Baca juga :  Cara membuat Putu Bambu sendiri di rumah. Senang je rupanya nak membuatnya!

Terima kasih kepada empunya resepi iaitu Puan Anith Syazwani‚Äé.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.