Cara untuk membuat Biskut Nestum Kelapa. Mudah dah paling disukai oleh kita semua. Cubalah!

Assalamualaikum. Selamat tengahari semua. Tengok nestum ada banyak jadi nak buat ape ye? Terus terfikir bahan-abahan untuk buat biskut ada lagi. Jadi jom sape nak cuba Resepi Nestum coconut cukies atau Biskut Nestum Kelapa marilah kita buat sama-sama.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Badariah Abdrahman. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan butter/majerin.
  • 1/2 cawan gula halus.
  • 3/4 cawan nestum.
  • 1/2 cawan kelapa parut kering.
  • 1 sudu makan madu.
  • 1/2 cawan tepung jagung.
  • 2 cawan tepung gandum. Campur sedikit serbuk bikabornat dan di ayak.
  • 1 biji telur ayam.
  • Sedikit esen vanila dan Buah cerry untuk hiasan.
Baca juga :  Cara membuat Apam Mekar Telur

Cara untuk membuatnya:

  1. Mixerkan butter dan gula sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan kuning telur. Putih telur simpan untuk disapu atas biskut nanti. Bila adunan dan menjadi putih baru masukkan nestum dan kelapa diikuti dengan esen vanilla.
  3. Masukkan Tepung jagung kemudian baru Tepung gandum. UliĀ  adunan tadi sehingga menjadi doh lembut.
  4. Tekapkan doh tadi guna acuan kegemaran anda. Kemudian, sapukan putih telur diatasnya. Tabur nestum mengikut kesukaan anda banyak mana dan letak buah cerry.
  5. Bakar dalam masa lebih kurang 25 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing. Kalau oven saya guna suhu bawah 160 darjah dan suhu atas 145 darjah. Bakar sehingga masak dan sejukkan dahulu sebelum disimpan untuk menjamin kerangupanya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Tepung Bunga. Kuih Tradisional daripada Terengganu.

Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.