Cara untuk membuat Biskut Suji. Biskut raya yang sangat mudah dan senang untuk disediakan!

Biskut suji kristal. Hari ni rempit kena laju sikit. Sat lagi boleh la kita buat swiss tart strawberi pulak. Esok kita buat buah kana pulok. Doakan saya sihat dan boleh siapkan banyak kuih ya kawan-kawan agar semua order dapat disiapkan.

Resepi biskut suji ini telah dikongsikan oleh Puan Yati Yatid an gambar kepunyaan Syah Reen. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung gandum disangai.
  • 3/4 cawan gula halus.
  • 1 tin kecil minyak sapi. Saya guna minyak sapi sayuran.
  • Sedikit serbuk almond. Tak letak pun tak apa.
  • 3 pewarna yang anda sukai.
Baca juga :  Cara untuk membuat Daging Rangup (Crispy Beef) bersama Nasi Bawang yang akan buat anda terliur!

Cara-cara membuatnya:

  1. Gaul gula bersama tepung sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi menjadi doh.
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan letak pewarna yang disukai. Gentel kecil-kecil adunan tu dan letakkan dalam paper cup dan atas loyang.
  4. Kemudian, bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit. Bila dah sejuk salut dengan gula halus tadi dan boleh disimpan untuk dimakan nanti.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.