Cara untuk membuat Black Pearls / Bubble

Nak share cara untuk membuat black pearls/ bubble pearls yg saya buat berbuka semalam. Resepi dari sini & olahan sikit dari IG. Simple je resepi ni. Boleh buat sesambil tengok jejak rasul hehe!

Sedap minum dengan teh ais. Ala-ala beli chatime & tealive gitu hehe! Boleh jugak kalau buat ngan air kopi ais. Lega tekak seharian berpuasa. Best boleh kunyah2 siap hehe.

Bahan – bahan dia:

  • 1 cawan tepung ubi.
  • 1/2 cawan air panas (untuk uli doh).
  • Pewarna hitam (pewarna biru+merah+hijau. ada je jual pewarna hitam kat bakery tu) *sukatan agak2 la ye.
  • Secubit garam halus.
  • 4 cawan air.
  • 1 cawan gula perang.
Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Sos Sengkuang Calit. Setiap gigitan pasti akan memberikan anda nikmat kesedapan tak terhingga.

Caranya untuk membuatnya:

  1. Tepung ubi diletakkan sedikit garam. Gaul rata. Masukkan air panas sikit sikit sambil uli sampai doh tak melekat kat tangan. Kacau dengan sudu lah sebab panas. Masukkan pewarna dan uli lagi. Kalau kering sangat doh tu buh la air sikit lagi.
  2. Bentukkan doh tadi bulat kecik ya! Nak senang gentel pepanjang pastu potong pakai pisau dan gentel lagi bulat-bulat.
  3. Masukkan 4 cawan air + gula perang dalam periuk/pan. Biar mendidih api sederhana.
  4. Masukkan hasil doh yang bulat kecik tu ke dalam air gula yang mendidih tadi. Kecik je tau api. Masak dalam 30 – 40 minit or sampai likat air gula tu. Kalau masak sekejap nanti liat plak black pearls tu.
  5. Dah siap simpan dalam bekas lain sekali ngan air gula tu. Simpan peti lah boleh cedok je tiapkali nak.
Baca juga :  Resepi Bamboloni Lembut dan Gebu. Boleh la ajak anak-anak bantu buat bersama!

Hidanglah dengan minuman kegemaran korang macam teh ais ke. Fuhhh nikmat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.