Cara untuk membuat Blackpepper Roasted Salmon

Resepi Blackpepper Roasted Salmon. Haaa selalu dengar chicken roasted je kan kan. Pastu kalau sebut salmon mesti ramai yang grill grill aje. Kalini cheyah buat resepi paling senang atas muka bumi dan paling enak sekali. Jejommmmss terjah resepi.

Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan:

  • 1 keping ikan salmon.
  • 1 sudu besar lada hitam.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1/2 biji carrot potong memanjang.
  • 2 biji ubi kentang potong empat.
  • 1/3 brokoli.
  • Secubit garam.

Cara penyediaanya:

  1. Tumbukkan bawang putih, lada hitam bersama garam. Tumbuk bagi lumat dan biji lada hitam hancur tak berketul.
  2. Lumurkan pada ikan salmon. Lumur bagi sebati dan kedua belah kena serta perap selama 2 minit sahaja.
  3. Taburkan bahan-bahan sayuran lain tu. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius dengan api atas bawah.
  4. Masukkan salmon kita tadi. Bakar selama 25 minit. Tak perlu terbalikkan dia. Biar je dia masak. Hihi.
  5. Dah siap! Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kulit Cempedak Goreng atau Mandai. Makanan kegemaran Masyarakat Banjar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.