Cara untuk membuat Brownies Kedut yang sangat padu dan enak! Setiap gigitan pasti berbaloi.

Cara untuk membuat Brownies Kedut yang sangat padu dan enak! Setiap gigitan pasti berbaloi. Saya guna sukatan cawan , 100 % brown sugar. Tak payah mixer bagai. Kacau je guna spatula. Saya jual brownies budget, jadi saya guna marjerin je. Saya guna dark chocolate beryls, 100 % brown sugar and marjerin. Saya guna sukatan cawan metric. Tak payah nak timbang bagai. Resepi dalam gram and sukatan cawan.

Terima kasih kepada Puan Syaz Amira kerana berkongsi resepi yang mudah dan sangat senang untuk dicuba. Sedap pulak tu.

Baca juga :  Cara untuk membuat Masakan Tom Kha Gai atau Thai Coconut Chicken Soup. Semua rasa dihimpunkan dalam satu hidangan yang padu!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 180 gram brown sugar (1/2 cawan + 1/2 cawan).
  • 90 gram butter / marjerin (1/2 cawan).
  • 90 gram tepung gandum (1/2 cawan).
  • 90 gram choc coin (1/2 cawan).
  • 40 gram coco powder ( kalau tak ada sudu metrix, 3 sudu makan serbuk koko).
  • Esen vanilla.
  • 2 biji telur size B.

Cara-cara membuatnya:

  1. Double boil brown sugar dan butter sampai gula mencair sikit. Gula dah separa cair, masukkan telur dan esen vanilla dan kacau sebati. Masa ni kena hati hati ye, takut telur jadi telur hancur.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk koko dan kacau sebati. Baru masukkan chocolate coin dan kacau sebati.
  3. Lapik loyang 7 inch dengan baking paper. Kemudian bakar pada suhu 180 darjah dalam 30 minit. Dah siap tu, terus bawa keluar oven dan sejukkan baru tarik keluar dari loyang.
Baca juga :  Resepi Gulai Pisang Tumis Darat. Menu yang anda semua perlu cuba!

Selamat mencuba. Doakan sis murah rezeki okayyy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.