Cara untuk membuat Cencalok Goreng yang sangat padu kesedapanya. Persediaan untuk sahur ni tau!

Hari ini mak buat Cencaluk goreng. Stok untuk bulan puasa nanti. Kalau sahur memang susah sikit nak makan, jadi ini lah pembuka selera mak selain ikan masin. Jadi saya buat siap-siap dan boleh tahan sebulan di luar dan tak perlu letak dlm peti sejuk.

Tapi saya tak sampai 2 minggu dah habis. Kepedasan ikut suka dan boleh juga di jadikan pes nasi goreng atau sayur. Memang sedap dan rugi kalau tak cuba. Resepi ni asalnya dari sahabat saya di Filipina.

Baca juga :  Cara untuk membuat Telur Bumbu Kuning Pedas. Menu sedap dan popular dari Indonesia.

Resepi ini telah dikongsikan semula oleh Puan Norislinah Mahfar. Selamat  mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Cili padi. Cili bergantung pada kepedasan yang kita suka dan dihiris.
  • Lada hidup merah/hijau dihiris.
  • 1 labu Bawang putih dihiris.
  • 3 hingga 4 biji bawang besar dihiris.
  • 3 sudu besar Cuka makan.
  • 2 botol Cencaluk.
  • 2 hingga 3 sudu besar Gula.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumis kesemua bahan yang di hiris sehingga layu.
  2. Bila dah layu masukan cencaluk yang di tapis airnya. Masukan 3 sudu besar cuka makan. Kacau selalu supaya tak hangit dengan api yang sederhana. Cencaluk yag siap ditapis buang airnya tu tak perlu dibasuh ya.
  3. Bila dah hampir kering masukan 2 hingga 3 sudu makan gula sesuaikan rasa. Kacau hingga kering. Tak perlu letak garam sebab dah masin semulajadi
  4. Bila dah siap dan dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan sebulan kalau simpan dekat luar.
Baca juga :  Tips dan petua untuk membuat Ikan Bilis yang anda goreng agar kekal rangup.

Selamat mencuba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.