Cara untuk membuat Chocolate Lava Cupcake

Petang ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Chocolate Lava Cupcake yang comel dan mudah untuk disediakan. Anak-anak pasti gembira bila kita buat kan. Cubalah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan koko powder.
  • 2 cawan tepung gandum .
  • 1 sudu KFC baking powder.
  • 1 sudu KFC soda bikabonat.

Campurkan kesemua bahan diatas dah ayakkan.

  • 3 biji telur gred B.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • 1 cawan susu pekat manis.
  • 1 cawan minyak masak saji.
  • 1 cawan n lebih sikit air panas.
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • Untuk Hiasan boleh gunakan Chocolate rice
Baca juga :  Cara untuk membuat Tortilla Ayam yang rangup

Cara-cara membuatnya:

  • Campurkan gula pasir, telur n esen vanilla dan adunkan menggunakan mixer hingga gebu.
  • Masukkan susu pekat dan gaul kembali sekejap. Masukkan tepung yang dah diayak dan Kaupkan guna sudu pastu mixer sekejap.
  • Masukkan minyak masak saji dan mixer lagi. Akhir sekali masukkan air panas secawan dan tambahkan lebih sikit je air lagi. Mixer lagi sekejap dan siap.

Cara untuk memasak:

  • Panaskan kukusan dulu ye. Kukus selama lebih kurang 7 hingga 8 minit bergantung pada pengukus masing-masing.
  • Bila kek dah masak, keluarkan dari kukusan. Masa panas-panas lagi tu tabur chocolate rice baru chocolate rice tu melekat mase kek tengah panas.
  • Kek ni boleh tahan seminggu dalam suhu bilik. Kalau dalam peti sejuk mungkin sebulan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bebola Ubi Keledek Ungu / Oren. Paling popular di Cameron Highlands.

Terima kasih Puan Nur (MAHN) untuk resepi ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.