Cara untuk membuat Gulai Asam Ikan Kerisi. Sajian yang akan menambat selera anda.

Kami nak kongsikan kepada anda resepi yang telah dicipta oleh Puan Nurul Ateekah iaitu untuk membuat Gulai Asam Ikan Kerisi. Sajian yang akan menambat selera anda. Senang dan mudah disediakan. Makan semestinya menambah-nambah nanti. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 Kilogram Ikan Kerisi bersaiz besar dan dipotong.
  • 1 batang serai dikatok.
  • 1 sudu besar air asam bersama 2 keping asam keping.
  • 2 batang cili merah dipotong.
  • 2 batang cili hijau dipotong.
  • 1 biji tomato dibelah 4.
  • Nenas ½ biji dipotong.
  • Timun ½ biji dipotong.
  • 1 helai daun salam.
  • Garam, gula dan serbuk secukup rasa maggi.
Baca juga :  Cara untuk membuat Gulai Ikan Temenung Simple tapi sedap terlampau. Resepi mesti cuba ni!

Bahan-bahan kisar:

  • ½ biji bawang besar atau 5 biji bawang merah.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 sudu besar biji ketumbar atau serbuk ketumbar 1 sudu kecil.
  • 2 cm halia.
  • 2 cm lengkuas.
  • 3 cm kunyit hidup.
  • 2 batang cili merah ditambah 2 biji cili padi.
  • 3 biji buah keras.
  • 1 liter air.

Kalau suka pedas, boleh tukar kepada cili padi merah dan tambah kuantiti cili padi.

Cara untuk memasaknya:

  1. Ikan kita tadi perlu dibasuh bersih.
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi bersama 1 liter air, daun salam, serai, asam jawa dan asam keping. Masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan, cili merah, cili hijau, nenas, timun dan tomato.
  4. Masak sehingga semua rasa iaitu gula, garam dan secukup rasa maggi seimbang dan ikan dah empuk. Boleh tutup api dan angkat untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sos Perapan serbaguna untuk Kambing / ayam / daging Grill. Keenakan yang paling padu untuk anda semua!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.