Cara untuk membuat Gulai Ikan Tongkol yang merecik kesedapnya. Pembuka selera tau resepi ni.

Alhamdulillah teringin nak makan terus buat je. Bagi yang nak cuba kami kongsikan resepi yang terbaik ino oleh Julia Aleen Aireish. Selamat mencuba.

Bahan-bahan bagi rebus ikan:

  • 2 ekor ikan tongkol jika saiz besar, seekor dipotong.
  • 2 cawan air atau hapus ikan **.
  • 3 keping asam gelugor **.
  • 1/2 keping gula melaka **.
  • 1 sudu kecil garam **.

Bahan-bahan lain:

  • 1 kotak santan.
  • 5 biji cili api.
  • 2 biji terung dipotong serong.
  • 5 batang kacang panjang.
  • garam dan gula secukup rasa.

Bahan-bahan kisar:

  • 5 tangkai cili kering dibuang biji rendam air panas.
  • 1 inci lengkuas.
  • 1 ketul kunyit hidup.
  • 1 biji bawang besar.
  • 2 ulas bawang putih.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tapai Pulut yang terbaik untuk anda cuba. Guna bekas kecil je dan Pasti jadi!

Cara-cara untuk membuatya:

  1. Rebus ikan tongkol dengan bahan-bahan bertanda (**). Rebus hingga air rebusan tinggal sedikit.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Tuang santan secukupnya, masak hingga mendidih. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan terung, masak hingga terung empuk. Kemudian letak ikan tongkol sekali dengan air rebusan yang tinggal, masak sebentar.
  5. Akhir sekali letak kacang panjang dan cili api, masak kuah sedikit pekat. Siap tutup api sedia dihidang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.