Peminat jering ni mesti ramai kan? So jom kita cuba Gulai Jering yang sangat sedap ni. Semestinya bertambah-tambah selera anda.

Assalamualaikum. Hari ini masak gulai jering sekuali cara saya. Mulanya nak merendang tapi lupa nak beli kerisik. Jering belayar dari Tanjung Balai ole-ole dari anak buah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Abidah Kamaruzaman. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Segenggam lada kering.
  • Segenggan cili padi merah.
  • Segenggam cili padi hijau.
  • 1 labu bawang besar.
  • 3 batang serai.
  • 1 inci lengkuas.
  • 4 biji buah keras.
  • *4 helai daun salam.
  • *1 helai daun limau purut..
  • *500 gram santan ditambah bersama 250 gram air masak.
  • 2 kilo jering direbus dan di tumbuk leper.
Baca juga :  Cara dan Resepi untuk Membuat Mee Kari Padu bersama kuahnya yang pekat.

Cara untuk membuatnya:

  1. Kisar kesemua bahan kecuali yang bertanda * kemudian tumiskan.
  2. Masukkan jering bagi sekata kemudian masukan semua bahan yang bertanda *. Kacau sampai masak. Jangan lupa garam, gula ikut suka dan sesedap rasa anda. Nak bubuh aji no moto pon ikutlah kalau suka.
  3. Masak sehingga jering empuk dan siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.