Cara untuk membuat Masakan Padang iaitu Gulai Telur Rebus. Menu yang sangat mudah disediakan.

Cara untuk membuat Gulai Telur Rebus Padang. Menu Berbuka yang sangat mudah disediakan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 7 -8 biji telur ayam rebus dibuang kulit.
  • 1 kotak santan.
  • 2 helai Daun limau purut.
  • 1 helai daun salam.
  • 1 batang serai dikatok.
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil serbuk perasa.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 150 ml air putih.
  • Sedikit minyak untuk menumis.

Bahan-bahan kisar:

  • 1 batang cili merah.
  • 7 batang cili padi merah.
  • 4 ulas bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 2 biji buah keras.
  • Halia(sebesar ibu jari).
  • Lengkuas(sebesar ibu jari).
Baca juga :  Mudah rupanya untuk membuat Sos Cili Thai. Sesuai dicicah dengan apa sahaja jenis gorengan!

Cara-cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan kisar, serai, daun limau purut, daun salam dan serbuk kunyit. Masak seketika.
  2. Masukkan air, santan susu (coconut milk), garam dan serbuk perasa. Seimbangkan mengikut citarasa anda.
  3. Kemudian, masukkan telur dan masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. Rasakan dengan secukup rasa yang anda mahukan. Bila dah puas hati boleh tutup api.
  4. Siap untuk dihidangkan untuk menu berbuka anda.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.