Cara untuk membuat Ikan Bawal Goreng masak masam-masam manis. Sangat enak dan padu!

Cara untuk membuat Ikan Bawal Goreng masak masam-masam manis. Sangat enak dan padu! Terima kasih kepada Puan Nurul Ateekah kerana berkongsi resepi yang sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan Bawal 2 ekor (dicuci bersih).
  • Tomato 2 biji (potong dadu).
  • Carrot (potong dadu).
  • Timun (potong dadu).
  • Akar ketumbar 1.
  • Daun ketumbar.
  • Cili kisar 4-5 sudu besar.
  • Daun limau purut 2 helai.
  • Serai 1 batang (potong serong).
  • Bawang putih 3 ulas (dikatok).
  • Bawang besar 1 biji (dipotong dadu).
  • Cili hijau (potong serong).
  • Cili merah (potong serong).
  • Sos ikan 2 sudu besar.
  • Sos cili 4 sudu besar.
  • Sos tiram 2 sudu besar.
  • Gula (1 sudu besar).
  • Serbuk perasa (1 sudu besar).
Baca juga :  Resepi sedap untuk membuat Udang Masak Masam Manis sebagai menu utama anda!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian masukkan ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang putih dan tumis sehingga keperangan.
  3. Kemudian masukkan masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak. Perlahankan API supaya cilinya betul-betul masak.
  4. Masukkan serai, daun limau purut dan hujung daun ketumbar. Gaulkan.
  5. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, gula dan serbuk perasa dan Gaulkan.
  6. Masukkan timun, carrot, tomato, bawang merah, cili hijau dan cili merah. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak seketika.
  7. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
  8. Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Talam Keladi. Kesedapan terasa dalam setiap gigitan.

Selamat berbuka puasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.