Cara untuk membuat Ikan Kerisi masak kicap pedas. Menu berbuka puasa dan sahur yang mudah disediakan!

Masak kicap pekat pedas nih,waktu sahur memang salah satu menu kena masak. Lauk nih saje boleh buat berselera nak makan waktu sahur. Memang pinggan tu tak tinggal kesan kicap la. Sebabnya dengan sekali nasi-nasi digaul dalam bekas pinggan masak kicap. Manis pedas kicap tu penambah selera.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 potongan ikan kerisi digoreng.
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat).
  • 3 ulas bawang putih (dihiris).
  • 7 batang cili padi merah.
  • 7 batang cili padi hijau.
  • 1 biji tomato.
  • 1 sudu kecil serbuk sup.
  • 1 sudu kecil serbuk perasa Knorr.
  • Gula 1 sudu besar.
  • 5 sudu besar cili kisar.
  • Kicap Manis (Cap Kipas Udang) 4-5 sudu besar.
  • Minyak masak.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Nasi Kandar. Kari yang sangat padu baru suuurrrrr!

Cara-cara untuk memasakya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Untuk mendapat warna cili yang cantik, pastikan anda memasak cili dengan API yang perlahan dan gaul cili serta masak dengan sempurna.
  3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan bawang, cili padi dan tomato. Kemudian gaul rata kesemuanya.
  4. Kemudian masukkan kicap manis, gula dan serbuk perasa. Gaul hingga sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Gaul rata dan siap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Patin Masak Tempoyak. Resepi terbaik untuk anda dan keluarga.

Sedia untuk dihidangkan dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.