Kudapan Lejen Kacang Kuda Rebus Pedas dan Manis. Kunyah-kunyah tau-tau dah habis!

Kudapan kegemaran anak-anak sepanjang zaman termasuk la mak ayah. Kami kongsikan resepi untuk membuat kudapan Kacang Kuda Rebus Pedas Manis. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kacang Kuda Pedas Manis.

  • 500 gram kacang kuda (direndam semalaman dan direbus empuk).
  • 3 ulas bawang putih*.
  • 1 labu bawang besar *.
  • 20 tangkai cili kering *.
  • 1 sudu besar jintan manis *.
  • Segenggam ikan bilis *.
  • 6 sudu besar minyak masak.
  • 5 tangkai daun kari.
  • 4 sudu besar gula.
  • Garam sesedap rasa.
  • Sedikit air.
  • 2 sudu besar bijan putih.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kepala Ikan masak Pindang Nanas. Rasa yang sangat padu dan terbaik!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisar halus kesemua bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga garing.
  3. Masukkan daun kari, bijan putih, gula dan garam.
  4. Masukkan kacang kuda dan sedikit air.
  5. Masak hingga kering dan sambal bersalut cantik pada kacang.
  6. Adjust manis, pedas dan masin mengikut selera masing-masing.

Siap dan bolehlah dihidangkan.

*Resepi ini telah dikongsikan oleh Zaihanififie Abu Bakar melalui Facebooknya di Group Masak Apa Hari Ini dan diolah semula untuk penyesuaian pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.