Cara untuk membuat Kari Ikan Sardin yang sangat sedap dan menyelerakan.


Kita biasa makan air tangan mak mertua jer. Hari ni cuba buat sekali. Alhamdulillah pekat macam kari mamak weh. Sebelum gerak ke tempat kerja kita makan kenyang-kenyang dulu ye.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hamizah Zakaria. Terima kasih.

Bahan-bahan yang utama diperlukan adalah:

  • Ikan sardin tin yang telah digoreng.
  • Serbuk Kari ikan secukupnya.

Bahan tumis:

  • Bawang besar sebiji.
  • Bawang putih 4 ulas.
  • Cili besar secukupnya.
  • Daun kari 2 tangkai.
  • Bunga lawang sebiji dua.
  • Cengkih 3 batang.
  • Sedikit Halba.
  • Halia seinci.

Bahan dibawah ini perlu dicampurkan dengan air:

  • Serbuk cili 3 sudu besar.
  • Serbuk kunyit 2 sudu kecil.
  • Air asam jawa 3 sudu besar.
Baca juga :  Resepi Kari Ayam Kapitan Pulau Pinang yang paling sedap dan paling nikmat!

Bahan-bahan lain:

  • Tomato 2 biji dan Kentang 2 biji.
  • Lobak merah separuh.
  • Daun ketumbar secukupnya untuk hiasan ketika dihidang.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bahan tumis satu persatu, minyak tak mau banyak. Letak carrot dengan kentang. Bila tomato dah lembut. Letak pula serbuk kari ikan.
  2. Kacau bagi sebati tunggu hilang bau kari. Letak air serbuk cili tadi dan biar sampai pecah minyak. Letak juga garam dan ajinomoto jika suka time ni.
  3. Bila dah pecah minyak, letakkan air dalam 2 cawan kemudian biarkan ianya mendidih baru letak ikan sardin yang telah digoreng tadi.
  4. Tutup api dan pergilah makan bersama keluarga tercinta. Nasi panas dan kicap jangan lupa sebagai penambah rasa. Thank you puan kalai your resepi ini.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cili Kisar yang tahan lama dan sedap.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.