Cara untuk membuat Kek Sunquick Oren 5 Bahan sahaja. Tekstur yang sangat lembut dan gebu!

Cara untuk membuat Kek Sunquick Oren 5 Bahan sahaja. Tekstur yang sangat lembut dan gebu! Wangi sangat bila bakar dan yang pasti cair dalam mulut anda tau. Sedapnya!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Addarosa Rose Garden. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 170gm marjerin pelangi.
  • 115 gm Gula kastor atau gula halus (diayak dulu).
  • Telur 3 biji.
  • 160 gm Tepung kek atau tepung naik sendiri blue key (diayak dulu).
  • Oren sunquick 4 sudu makan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cara adun macam biasa ye. Marjerin tambah gula dulu dan putar sampai kembang. Kemudian putar lagi sampai kembang bersama tepung dan oren sunquick.
  2. Masukkan dalam loyang yang dioles sedikit dengan majerin dan bakar selama 1 jamĀ  pada suhu 170 hingga 180 darjah. Boleh ejas ikut oven dan tebal loyang yang anda guna. Kalau nampak masak boleh keluarkan awal.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bread Loaf

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.