Cara untuk membuat Kepala Ikan masak Pindang Nanas. Rasa yang sangat padu dan terbaik!

Kami nak kongsikan kepada anda resepi oleh Puan Nurul Ateekah cara untuk membuat Kepala Ikan masak Pindang Nanas. Rasa yang sangat padu dan terbaik! Ringkas dan mudah untuk dicuba. Pasti menambah selera anda sekeluarga.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kepala ikan. Saya guna kepala ikan unggah.
  • *Bawang merah 3 biji.
  • *Bawang putih 3 biji.
  • *Halia 1 inci.
  • *Lengkuas 1 inci.
  • *Kunyit 2 inci.
  • *Belacan 1@2 inci.

Bahan yang bertanda * perlulah dikisar.

  • Tomato 1 biji dibelah 4.
  • Serai 1 batang dikatok.
  • Bawang besar setengah biji dibelah 3.
  • Cili padi merah 4 tangkai.
  • Cili padi hijau 4 tangkai.
  • Nanas secukupnya.
  • Air 500ml.
  • Minyak masak, garam dan serbuk perasa secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kulit Cempedak Goreng atau Mandai. Makanan kegemaran Masyarakat Banjar.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Panaskan minyak dan masukkan serai serta bahan yang telah dikisar tadi. Tumiskan sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan air, garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit jika perlu. Masak sehingga mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, cili padi, tomato dan bawang. Biarkan sehingga ikan masak. Bila dah siap dan puas hati semua rasa dah seimbang boleh tutup api. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.