Cara untuk membuat Kerepek Pisang yang rangup. Sesuai sebagai snek dan kudapan anda sekeluarga.

Just nak share resepi Kerepek pisang tanduk bonda yang sangat lemak. Hehe bila makan confirm addicted dan nak habiskan sebalang lagi tu kalau depan tv, resepi ni guna bawang puteh dan majerin. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Norul Hanafiza Hasan. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Pisang tanduk (nak guna pisang lain pun boleh).
  • Bawang putih secukupnya dihiris nipis-nipis.
  • 250 ml Majerin atau secukupnya.
  • Air garam. Buatlah semangkuk siap. Guna dalam sesudu garam untuk semangkuk tu.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Siapkan Pisang tanduk yang sudah siap dibuang kulitnya. Lepas dah kopek ready jela minyak nak bersihkan getah dari tangan tu.
  2. Panaskan minyak dan masukkan majerin lebih kurang dalam secawan yang 250 ml tu, tunggu sehingga majerin betul-betul cair bersama minyak.
  3. Boleh mula sagat pisang ke dalam minyak panas tadi, pandai-pandai la adjust sagat tu, saya suka nipis-nipis masuk mulut rangup betul. Lepas dah habis sagat dalam sebatang atau 2 batang bagi penuh sekuali tu.
  4. Gaul-gaul sikit kepek tu pastu curah air garam dalam 1 sudu. Lepas dah masuk air garam tadi masukkan bawang putih yang dah siap dihiris nipis tadi dalam 1-2 sudu (estimated 2,3 ulas) tak perlu banyak nanti hilang kemanisan pisang tapi bawang putih ni la rahsia nya.
  5. Balik-balikkan kerepek tu Sampai ianya dah kekuningan dan nampak rangup.
  6.  Angkat dan toskan minyaknya, pisang tanduk ni tak silap ade 2 jenis, yang ni pisang tanduk putih jadi bila goreng warna nya pun puteh. Kalau lihat gambar ni warnanya kuning keemasan yang tu la pisang tanduk kuning beli dekat orang dia bagi 2 jenis sekali.
  7. Okay dah siap kalau saya, saya makan kerepek pisang ni sekali dengan bawang puteh tu hehe sedap sangat. Masuk balang dan ready untuk di makan.
Baca juga :  Resepi Gulai Pisang Tumis Darat. Menu yang anda semua perlu cuba!

One thought on “Cara untuk membuat Kerepek Pisang yang rangup. Sesuai sebagai snek dan kudapan anda sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.