Cara untuk membuat Kuah Mee Rebus yang tersedap dan mudah disediakan. Cubalah!

Kami nak kongsikan kepada anda cara lengkap untuk membuat Mee Rebus. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ainn Mustafar dan diulang siap oleh Kuih Utara. Selamat mencuba. Resipi ini adalah untuk 1kg Mee Kuning. Selamat mencuba.

Bahan-bahan kisar:

  • Segenggam Cili Kering yang telah rendam lembut.
  • 2 Biji bawang besar.
  • 2 biji bawang putih.
  • Sedikit udang kering.

Kisar sehingga halus semua bahan-bahan diatas.

Bahan-bahan lain:

  • 1 kg Ubi keledek direbus dan dikisar halus.
  • 500 gram Daging dihiris nipis.
  • Udang secukupnya dan dibuang kulit.
  • Kulit udang yang telah direbus dan dikisar halus dan ditapis.
  • 1 sudu besar Serbuk kari daging.
  • 3 sudu besar sos tomato. 3 Sudu besar sos cili.
  • 1 Keping asam keping.
  • Garam, gula dan serbuk ajinomoto secukupnya.
  • Bahan hiasan secukupnya seperti telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng dan perahan jus limau.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Kulit Tart yang sedap. Pastinya memudahkan kerja anda kelak!

Cara-cara penyediaanya:

  1. Tumiskan semua bahan kisar. Agak-agak bila dah naik minyak, masukkan daging dan tumiskan sehingga agak-agak lembut. Kemudian, Masukkan air udang dan ubi kisar tadi.
  2. Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging. Penting untuk mematikan bau ubi tadi.
  3. Garam, gula, aji secukup rasa. Kena seimbangkan rasa masam, manis, masin. Akhir sekali masukkan udang. Agak-agak dah menggelegak boleh tutup api. Udang jangan masak terlalu lama, nanti keras tak sedap.
  4. Bila dah siap kuah, boleh la taburkan bersama mee kuning tadi dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng dan perahan jus limau.
Baca juga :  Cara untuk membuat Mee Bandung. Kita cuba buat sendiri pastinya puas hati!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.