Cara untuk membuat Kuih Badak Berendam. Antara kuih popular di Bazar Ramadhan.

Minum petang makan apa tu? Kalau belum ada idea apa kata anda semua cuba resepi kuih yang dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat ni. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk doh:

  • 1 cawan tepung pulut.
  • 1 sudu besar tepung gandum.
  • Sedikit air kapur sirih.
  • Sedikit air pandan.
  • Sedikit garam.

Bahan untuk Inti:

  • Kelapa parut bahagian putih sahaja.
  • Gula Melaka, gula pasir, garam secukupnya.
  • Daun pandan dan sedikit air.

Semua bahan di atas dimasak bersama sampai kering.

Bahan untuk membuat Kuah lemak santan:

  • 2 cawan santan.
  • 1 cawan air.
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • Daun pandan.
  • Garam dan gula secukupnya.
Baca juga :  Cara membuat Bihun Siam Goreng cara Singapore. Keenanakan dalam setiap suapan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan Bahan Doh. Air mestilah dituang sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh. Ketepikan seketika.
  2. Smbil sedikit doh tadi dan bulatkan serta leperkan. Letakkan inti di bahagian tengah dan tutup semula doh dengan kemas. Jadikan seperti bebola. Ulang sehingga doh habis diuli.
  3. Isikan air di dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Sementara itu kita sediakan pula Bahan Kuah. Satukan ke semua Bahan Kuah dan kacau sebati hingga tiada tepung yang berketul. Kemudian masak di atas dapur sehingga pekat. Bila dah siap tutupkan api.
  4. Masukkan doh yang telah siap tadi ke dalam air yang telah mendidih. Masak sehingga doh timbul di permukaan. Angkat dan masukkan ke dalam Bahan Kuah.
  5. Saya masukkan doh ke dalam air sejuk. Kemudian letakkan doh di dalam pinggan barulah dituang bahan kuah.
Baca juga :  Cara untuk membuat Masak Lemak Tempoyak Petai Pucuk Ubi. Menu Kampung yang padu!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.